Tuesday, February 9, 2010

Wednesday, February 3, 2010

PIAGAM PELANGGAN MAKMAL SAINS

PIAGAM PELANGGAN
Kami tenaga pengajar mata pelajaran sains di SK Jerantut Jaya dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan berusaha sedaya upaya bagi mempertingkatan ilmu pegetahuan dalam bidang Sains dan Teknologi demi menyahut cabaran wawasan 2020 dan selaras dengan falsafah pendidikan negara untuk:
• Menjamin setiap murid SK Jerantut Jaya menguasai kemahiran Sains dengan cemerlang.
• Mengurus dan mengemaskini program yang berkaitan dari masa ke semasa.
• Menyelaraskan penggunaan bilik sains dan peralatan dengan sempurna.
• Sentiasa memelihara dan membaikpulih jika berlaku kerosakan radas yang ada di dalam bilik sains.
• Menjamin penggunaan Bilik Sains secara berkesan dan terkawal..
• Memantau penggunaan Bilik Sains dari semasa ke semasa.
• Sentiasa memastikan Bilik Sains menyediakan keperluan dan perkhidmatan yang terbaik untuk guru dan murid.
• Mengutamakan pelangggan dalam segala hal berkenaan penggunaan Bilik Sains.
• Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, syor, cadangan dan teguran yang membina daripada semua pihak demi meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan Bilik Sains.

AJK BILIK SAINS

JAWATANKUASA
BILIK SAINS SK JERANTUT JAYA
SESI 2010


PENGERUSI : PUAN RODZIAH BT MOHD RAZALI,AMP (GURU BESAR)

NAIB PENGERUSI : ENCIK MAZLAN BIN ISMAIL
(GPK PENTADBIRAN)

SETIAUSAHA : PUAN BAHRIAH BT RAMLI

PEN.SETIAUSAHA : PUAN ROHAIDA BINTI MOHD ARIPIN

AJK : PUAN MAZIDA BT AHMAD SAMSUDDIN
CIK RUSYEDA ERNI BT RAMLY
PUAN NORAINI BT MOHD NOR
ENCIK NOR MUHD RIDUAN BIN ARIFIN
PUAN MARYANA BT AMER

MATLAMAT

Matlamat Bilik Sains ialah untuk :
1. Meningkatkan kesedaran dan minat murid mengenai kepentingan Sains dalam kehidupan seharian.
2. Membekalkan dan menyediakan segala keperluan dari segi bahan dan radas bagi kemudahan murid dalam melakukan eksperimen Sains.
3. Menekankan kemahiran saintifik yang sewajarnya kepada murid bagi mewujudkan P&P berpusatkan murid.
4. Membolahkan murid berinteraksi dengan peralatan dan bahan.

PENGENALAN

Bilik Sains adalah sebuah bilik kelas di mana pengajaran dan pembelajaran Sains Sekolah Rendah dijalankan. Bilik ini mempunyai kemudahan asas untuk menjalankan aktiviti P&P Sains seperti eksperimen, demonstrasi dan kerja projek. Bilik Sains boleh diubahsuai dari bilik darjah biasa atau bilik Alam dan manusia.
Kemudahan asas yang perlu ada dalam sebuah Bilik Sains ialah sebuah meja yang sesuai, Kabinet, punca bekalan air, punca kuasa elektrik ,pemadam api,almari penyimpanan bahan,rak buku atau bahan rujukan dan peralatan sains seperti yang disenaraikan untuk mata pelajaran Sains Rendah berdasarkan buku Peralatan Pengajaran dan Pembelajaran Sains Rendah, Kementerian Pendidikan Malaysia