Wednesday, February 3, 2010

PIAGAM PELANGGAN MAKMAL SAINS

PIAGAM PELANGGAN
Kami tenaga pengajar mata pelajaran sains di SK Jerantut Jaya dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan berusaha sedaya upaya bagi mempertingkatan ilmu pegetahuan dalam bidang Sains dan Teknologi demi menyahut cabaran wawasan 2020 dan selaras dengan falsafah pendidikan negara untuk:
• Menjamin setiap murid SK Jerantut Jaya menguasai kemahiran Sains dengan cemerlang.
• Mengurus dan mengemaskini program yang berkaitan dari masa ke semasa.
• Menyelaraskan penggunaan bilik sains dan peralatan dengan sempurna.
• Sentiasa memelihara dan membaikpulih jika berlaku kerosakan radas yang ada di dalam bilik sains.
• Menjamin penggunaan Bilik Sains secara berkesan dan terkawal..
• Memantau penggunaan Bilik Sains dari semasa ke semasa.
• Sentiasa memastikan Bilik Sains menyediakan keperluan dan perkhidmatan yang terbaik untuk guru dan murid.
• Mengutamakan pelangggan dalam segala hal berkenaan penggunaan Bilik Sains.
• Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, syor, cadangan dan teguran yang membina daripada semua pihak demi meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan Bilik Sains.

No comments:

Post a Comment